Telemovie Ombak Rania mengisahkan kisah Puteri Duyung Rania yang kehilangan bondanya sedari kecil begitu gembira dengan kehadiran bonda tirinya iaitu Permaisuri Siti Orcha. Malah seluruh duyung-duyung Empayar Insangpuri sudah merestui keputusan rajanya untuk beristeri lagi tanpa mengetahui niat jahat Permaisuri Siti Orcha yang mengamalkan ilmu hitam.
Puteri Rania semakin membesar dan kecantikkannya kian menyerlah lalu menimbulkan rasa tidak senang hati pada permaisuri, hal ini ditambah dengan hasutan cermin puaka. Untuk mengekalkan status sebagai duyung tercantik di Empayar Insangpuri, permaisuri mengarahkan Panglima Awal membunuh Puteri Rania dengan membawa ekornya sebagai bukti.
No comments:
Post a Comment