Pages

Hiburan: ‘Biarlah Berakhir Begini’ – Suami Tinggal Nota Sebelum Bunuh Diri Gara-Gara Cemburu?

Hiburan: June 30, 2019 at 02:30AM

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui meninggal dunia akibat menggantung diri dengan tali di sebuah pokok. Kejadian yang berlaku di Kuala Krai tengah hari semalam dipercayai berpunca akibat cemburu terhadap isterinya.

Menerusi laporan Harian Metro, sebelum kejadian mangsa bergaduh dengan isteri sebelum bertindak keluar rumah. Bersama mayat juga, ditemui sekeping nota.

Salam terakhir

Hasil pemeriksaan polis menemui sekeping nota bunuh diri di dalam poket baju mangsa. Menurut polis lagi, mayat dijumpai oleh isteri kira-kira 100 meter dari rumah.

Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang, assalamualaikum.. salam terakhir.

Tambah Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak, sebelum kejadian lelaki itu mengambil isterinya dari tempat kerja di hospital pada jam 8 pagi.

Sebaik tiba di rumah berlaku pergaduhan dipercayai akibat cemburu terhadap isteri. Kemudian, isterinya melihat suami keluar sambil memegang tali. Pada ketika itu, isteri sedang memasak.

Selepas selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan menemui lelaki itu menggantung diri di belakang rumah.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Sumber : Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular