Pages

Hiburan: ‘Hanya Belajar Di Youtube’ – Video Toturial Sistem Pintu Berkunci Pelajar Matrik Ini Berjaya Tarik Perhatian

Hiburan: July 1, 2019 at 05:07AM

Baru-baru ini viral di Twitter video seorang pelajar boleh membuka pintu bilik di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) dengan menggunakan sistem yang direka oleh kawannya. Apa yang menariknya, sistem ini hanya boleh dibuka melalui akses kad pengenalan di pintu bilik.

Menerusi Harian Metro, pelajar yang dikenali sebagai Danial Faiz membuat sistem itu hanya berpandukan Youtube sahaja. Memang hebat sungguh!

Toturial untuk projek

Mendapat lebih 10k retweet, video luar biasa ini berjaya menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen memuji kepakaran kawannya itu dan meminta agar membuat video toturial memasang sistem ini.

Tak sangka boleh viral

Kisah Danial Faiz yang viral di Twitter turut mendapat perhatian Harian Metro selepas dia memasang sistem pintu automatik berkunci  di pintu bilik kediamannya di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh), Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang.

Saya buat pintu automatik berkunci itu atas tujuan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di bilik kolej di sini. Namun, tak sangka ia boleh tular.

Menurutnya ini adalah inisiatif memandangkan di kolejnya itu pernah berlaku kes kecurian yang membuatkan dia mahu memasang sistem itu atas tujuan keselamatan.

Hanya belajar di Youtube

Malah sebelum ini dia pernah melihat orang membuka pintu yang terkunci dari luar menggunakan dawai dengan mudah.

Jadi saya ambil inisiatif untuk memasang sistem itu menggunakan Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) dengan modal RM80. Saya hanya mempelajarinya dengan menontonnya di YouTube dan berjaya menyiapkan dalam masa sehari.

Hanya saya dan tiga rakan sebilik saja yang boleh akses kepada pintu itu selepas saya memasukkan nombor pendaftaran (ID) kad pengenalan sistem masing-masing menggunakan sistem 'programming'.

Saya akan  buat video toturial

Namun, saya gembira apabila ramai netizen yang memberikan reaksi positif dan sokongan kepada saya.

Ramai yang juga meminta saya untuk mengajar mereka membuat sistem itu. Insya-Allah, saya akan buat satu video tutorial untuk supaya ia memberi manfaat kepada semua.

Menurut penuntut jurusan Kejuruteraan di KMKPh itu lagi, dia memang minat dalam bidang kejuruteraan dan sistem robotik sejak daripada usia 8 tahun.

Sebelum ini, Danial Faiz pernah mengharumkan nama negara bersama tiga lagi rakannya apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan cabaran kemahiran di World Robot Summit (WRS) Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun.

Sumber : Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular