Pages

Hiburan: Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan, Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar!

Hiburan: June 29, 2019 at 05:24AM

Siapa sangka dari hanya berniaga nasi lemak di tepi jalan, wanita ini akhirnya membuka cawangan sehingga ke Doha, Qatar. Apa yang menariknya, dia berjaya buktikan bahawa berniaga juga mampu menaik taraf hidup, tak semestinya perlu jadi CEO syarikat. Betul tak? Memang terbaik!

Kisah inspirasi ini patut dicontohi oleh ramai anak muda yang ingin berjaya dalam hidup. Kejayaan tidak datang dengan bergolek. Apa yang penting teruskan berusaha!

Nak nangis tengok balik gambar ini

Menggunakan nama kedai sebagai geng cik mak, siapa sangka hanya dari gerai biasa ke foodtruck dan kini akan buka cawangan di luar negara. Wanita ini berkongsi beberapa keping foto awal-awal perniagaannya di tapak parking kereta. Memang terbaik!

Bermula pada tahun 2017

Menggunakan nama kedai sebagai geng cik mak, dia memulakan operasi perniagaan di Setia Alam pada tahun 2017. Kemudian melebarkan sayap ke beberapa kawasan dengan menggunakan foodtruck. Selain itu dia turut menggunakan perkhidmatan lain untuk delivery seperti bungkusit.

Food truck bergerak

Perniagaannya terus berkembang sehingga ke beberapa lokasi seperti Taman Melati, Segambut dan Shah Alam. Bukan itu sahaja, gengcikmak mula mendapat liputan dari beberapa media.

Mendapat liputan luas media

Instagram Photo

Instagram Photo

Instagram Photo

Instagram Photo

Namun, pada hujung tahun 2018, gengcikmak terpaksa menghentikan perniagaannya atas urusan tidak dapat dielakkan. Dia mula berhijrah ke Dota, Qatar selama 3 bulan. Dari situ gengcikmak buktikan berkat kesabaran mereka, akhirnya gengcikmak mula beroperasi di Qatar. Bukan senang nak berjaya kalau tanpa usaha.

Terpaksa berhenti berniaga

 

View this post on Instagram

 

Terima Kasih untuk 14 bulan yang cukup indah, yang cukup membahagiakan. Terima kasih untuk mengajar aku dan suami erti bersabar, erti kasih sayang dan erti berkerjasama. Terima Kasih bagi peluang buat nama, satu Malaysia kenal kita. Satu Malaysia mahukan kita. Satu Malaysia bagi sokongan pada kita. Terima Kasih untuk segalanya. Terima Kasih pada semua. Terima Kasih Malaysia. Terima Kasih Setia Alam. Terima Kasih Setiawangsa. Terima Kasih @hashtagmalaysia . Terima Kasih @tv3malaysia @jjcmtv3 . Terima Kasih @hurr.tv . Terima Kasih @favemy . Terima Kasih @mstaronlineofficial . Terima Kasih @malaysianfoodtruck . Terima Kasih @foodtruck.malaysia . Terima Kasih Kroni di Twitter. Terima Kasih semua. Ayuh kita doakan untuk percutian tiga bulan ni membuahkn hasil. Dan semoga saya pulang dengan surprise untuk semua Geng Geng saya disini.

A post shared by Geng CikMak (@gengcikmak) on

Ramai dah mula sokong

Siap ada nak sponsor untuk 3D layout

Dah mula ubah suai

Pelan untuk dapur

Menurutnya lagi, kini proses ubah suai sedang dijalankan di Doha, Qatar sebelum perniagaan bermula. Namun apa yang membuatkan dirinya terharu, sudah ramai penduduk Malaysia di sana sudah mula mengenalinya mereka. Memang terbaik!

Ramai tumpang gembira

Sumber : Kak Ojie



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular