Hiburan: July 1, 2019 at 10:09AM
Pelakon Kilafairy antara pelakon wanita yang berani berpakaian seksi apabila tampil ke mana-mana majlis. Meskipun, sering menerima kritikan dan teguran netizen tapi dia tak pernah endahkan. Ibu kepada pelakon ini, Rohana Jalil turut menasihati anak perempuannya berkali-kali dan dia sudah tidak larat hendak mengulas mengenai pemakaian Kilafairy lagi.
Dia akan berhenti sekejap
Penyanyi veteran Rohana Jalil sudah berkali-kali menegur cara pemakaian anaknya, Kilafairy namun, tidak diambil peduli. Dia turut mengulas mengenai foto viral pakaian bermotifkan ular yang telah dikenakan pelakon itu. Tambahnya, dia turut tidak ambil peduli kecaman netizen terhadap apa yang telah diperkatakan netizen itu.
Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar.
Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap. Lepas itu, empat ke lima bulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini.
Suka hatilah nak kecam atau cakap apa
Rohana Jalil tidak mengendahkan sebarang komen netizen yang dilemparkan kepada anaknya itu. Dia tidak mahu menjadikan perkara itu masalah kepadanya yang memerlukan dia berfikir.
Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah.
Rahsia saya kekal sihat pada usia 64 tahun ini pun kerana sejak dulu tidak suka fikir masalah. Saya selesa gembira selalu dan fikir positif. Kalau bergaduh dengan orang lain pun, saya selalunya cepat lupa.
Saya tidak mahu komen lebih-lebih
Kilafairy turut mengulas mengenai kecaman terhadap pemakaian seksinya itu dan dia tidak mahu membuat kesimpulan. Malah, dia selesa dengan pakaian yang dikenakannya itu.
Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan saya selesa dan suka dengan apa yang saya pakai.
Kadang-kadang saya tanya ibu bapa soal apa yang boleh dipakai tetapi biasalah saya ini degil orangnya. Walaupun sudah dilarang saya pakai juga.
Sumber: Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment