Pages

Hiburan: (TAHNIAH) Izreen Azminda & Ude Wahid Selamat Timang Anak Lelaki

Hiburan: July 2, 2019 at 03:01AM

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Izreen Azminda dan suami, Ude Wahid yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.

Izreen selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Aaron Ibrahim pada Sabtu lalu kira-kiara pukul 1.46 pagi.

Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya semalam, Izreen meluahkan rasa syukur proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Bagaimanapun, dia masih belum bersedia untuk membuka ruangan komen di laman sosial tesebut.

Izreen dan Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular