Hiburan: July 4, 2019 at 03:35AM
Tampil kembali dengan imej seksi, penyanyi Zizi Kirana dikecam kerana tidak lagi bertudung. Enggan hipokrit, Zizi menjelaskan penampilannya berhijab sebelum ini adalah untuk menghormati bulan suci Ramadhan.
Menurut Zizi, buat masa ini dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya. Mahu perubahan itu lahir daripada hatinya yang ikhlas dan bukan disebabkan ingin meraih pujian sahaja.
Saya tahu ramai yang marah dan bertanya kenapa tidak terus bertudung selepas Syawal, tetapi saya tidak mahu hidup berpura-pura. Apa yang dilihat di luar dan di media sosial, itu diri saya yang sebenar. Saya tidak perlu hidup dalam kepalsuan hanya kerana mahu meraih perhatian dan pujian.
Sebelum ini, saya bertudung kerana menghormati bulan Ramadhan, selain menyahut cabaran berhijab seperti yang dicetuskan Mizz Nina. Tiada siapa yang memaksa saya melakukannya, sebaliknya saya buat atas kerelaan sendiri.
Mempunyai niat untuk berhijrah dan menjadi seorang insan yang lebih baik, Zizi harap usahanya itu akan dipermudahkan.
Sama seperti orang lain, saya juga mahu berubah ke arah yang lebih baik dan berharap usaha itu dipermudahkan.
Kita doakan yang baik-baik buat Zizi, mungkin hari ini dia dikecam, tetapi siapa tahu satu hari nanti dia akan berubah sepenuhnya. Berikan sokongan bukannya kritikan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment