Pages

Hiburan: Aliff Aziz Berang Bella Astillah Dihina Gemuk Macam Haiwan

Hiburan: July 14, 2020 at 06:00AM

Berang apabila isterinya, Bella Astillah yang juga seorang selebriti menerima kata hinaan daripada seorang netizen mengenai tubuh badannya yang gempal susulan sarta hamil anak kedua, penyanyi Aliff Aziz menyatakan tindakan individu terbabit tidak boleh diterima kerana dia telah berkelakuan biadab dengan isterinya.

bella astillah dihina gemuk aliff aziz berang

Menurut Aliff, perkara ini timbul apabila seseorang itu tidak mempunyai adab untuk menghormati orang lain lantas bertindak mengeluarkan kata-kata kesar tanpa rasa bersalah.

bella astillah dihina gemuk aliff aziz berang

"Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang sarat mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain."

Aliff meluahkan rasa marah tesebut menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam. Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambi tindakan undang-undangsekiranya perkara tersebut berulang kembali.

bella astillah gemuk

"Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini. Berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang."

Untuk rekod, Aliff dan Bella telah melangsungkan perkahwinan pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayden yang kini berusia tiga tahun. Malah, murut pihak hospital Bella yang sarat hamil anak kedua itu dijangka melahirkan anaknya itu pada 17 Julai ini.

Sumber: Gempak



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular