Pages

Hiburan: ‘Diri Saya Sendiri Pun Gelap’ – Ahli Parlimen Baling Mohon Maaf Isu ‘Gelap, Pakailah Bedak’

Hiburan: July 14, 2020 at 06:06AM

Persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam ternyata menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Baling iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dikatakan rasis dan seksis. Beliau didakwa mengeluarkan perkataan gelap dan pakailah bedak kepada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Perlu melakukan permohonan maaf

Perdebatan yang berlaku di antara Abdul Azeez dan Kasthuriraani Patto berjaya mencuri tumpuan netizen kerana ayat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Baling itu didakwa bersifat keterlaluan. Susulan daripada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun telah meneliti 'handsard' kejadian tersebut dan mengambil keputusan perkataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Baling sangat 'offensive'.

Justeru itu, beliau diminta untuk melakukan permohonan maaf serta menarik balik kata-kata tersebut. Pada masa yang sama, Datuk Azhar Azizan juga berharap kesemua ahli dewan tidak mempermainkan isu perkauman dan rasis serta menggunakan kata kesat ketika dewang sedang bersidang.

Tiada sebarang niat

Abdul Azeez turut akur dan memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk memanggil sesiapa gelap kerana beliau sendiri berwarna kulit begitu.

Dua tahun saya duduk di situ (tempat YB Batu Kawan), tempat yang sama, di situ gelap dan selalu tidak mendapat perhatian. Maksud saya kawasan itu gelap. Saya tidak sama sekali memanggil sesiapa gelap, diri saya sendiri Allah takdirkan gelap. Bagaimanapun, saya menarik balik dan memohon maaf.

Ujar Abdul Azeez lagi, Kasthuriraani turut meminta Datuk Azhar Azizan lebih tegas kerana ia kesalahan berulang yang kerap berlaku.

Sumber: Kini TV & Astro Awani



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular