Pages

Hiburan: Golongan Muda Tak Setuju Cara Syed Saddiq Diperli, Diejek Oleh Ahli Parlimen ‘Veteran’

Hiburan: July 14, 2020 at 09:45AM

Walaupun baru berusia 27 tahun, ahli parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terkenal sebagai seorang yang petah berbahas di Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja, segala rungutan dan rintihan anak muda juga sering dibawa ke parlimen oleh Syed Saddiq.

Semalam, Sidang Dewan Rakyat telah pun bermula. Namun, berlaku sedikit kekecohan ketika sidang itu berlangsung antaranya isu pelantikan speaker, isu warna kulit, isu pembentangan bajet dan beberapa isu lain yang dibangkitkan. Di Twitter, video Syed Saddiq didakwa diejek ketika berbahas mencuri tumpuan netizen.

Kena perli dengan orang-orang tua

Video pendek yang dikongsi pengguna Twitter Luqman Long berdurasi 1:52 minit menyaksikan tindakan beberapa ahli parlimen didakwa memerli Syed Saddiq yang bangun dari tempat duduknya bagi menyambung hujahan Tun Dr Mahathir.

Sebaik memulakan hujahan, beberapa ahli parlimen cuba melakukan provokasi dengan memerli beliau.

Sudahlah Muar

Muar pergi lompat pagarlah

Tanya atuk kenapa dia letak jawatan

Habis tercemar semangat dan intelektual

Sementara itu, personaliti televisyen iaitu Fedtri Yahya turut memberi respon terhadap situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat, tempoh hari.

Menurut Fetri, ahli parlimen yang lebih berpengalaman seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli parlimen yang jauh lebih muda berbanding mereka.

Perlu beri peluang

Kekesalan yang sama turut diluahkan pengguna sosial media yang merasakan Syed Saddiq wajar dilayan dengan baik memandangkan beliau merupakan wakil anak muda di parlimen.

Rata-rata netizen bagaimanapun memuji tindakan profesional Syed Saddiq yang kelihatan tenang walaupun bertubi-tubi menerima perlian tersebut.

Sangat profesional

Sumber: Luqman Long, Fedtri Yahya



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular