Pages

Hiburan: Sibuk Buat Persiapan Buka Sekolah, Guru Maut Jatuh Dari Balkoni

Hiburan: July 14, 2020 at 11:53AM

Seorang guru lelaki yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah disahkan meninggal dunia selepas terjatuh daripada balkoni tingkat 1 bangunan berkenaan.

Lebih menyayat hati apabila kejadian itu berlaku ketika guru berkenaan melakukan persiapan sempena pembukaan sekolah esok (14 Julai 2020).

Mangsa panjat balkoni

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf memaklumkan kejadian itu dipercayai berlaku jam 12:30 tengah hari.

Ketika itu mangsa yang berusia 54 tahun itu bertindak memanjat balkoni untuk melakukan pemeriksaan air bagi memastikan sinki di setiap kelas berfungsi sebelum pelajar mendaftar masuk.

Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter.

Guru lain ada di lokasi kejadian

 

Difahamkan, ketika kejadian beberapa orang guru lain turut berada di balkoni tersebut. Mangsa merupakan guru Matematik dan telah berkhidmat selama 17 tahun di sekolah berkenaan.

Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok.

Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular