Selepas pihak Telekom Malaysia mengumumkan kerjasama dengan pihak Astro dalam membawakan kandungan sukan ke HyppTV, kini dilihat pihak Celcom turut melakukan perkara sama dalam membawakan kandungan BPL daripada Astro kepada pelanggan mereka yang melanggan Escape.
Escape telah diperkenalkan oleh Celcom pada tahun lepas, dimana melaluinya pengguna boleh mengikuti pelbagai kandungan video, seperti rancangan televisyen, berita mahupun filem menggunakan peranti Android atau iOS, atau terus melalui web mereka. Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftarkan akaun menggunakan nombor telefon mereka.

No comments:
Post a Comment