Pages

Immersion : Set Biometrik Bagi Mengawal Kemarahan Ketika Bermain Permainan Video



Ketika bermain permainan video perkara yang kami jarang lakukan ialah bermain secara atas talian. Kami boleh dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah sukar mengawal kemarahan apabila kalah. Pernah suatu hari di kolej kami mematahkan alat kawalan dan beberapa papan kekunci kerana kerap kalah bermain permainan Wolfenstein Enemy Territory.

Masalah kemarahan ini juga dikenali sebagai gamer rage oleh pengkaji psikologi.  Ianya tidak lagi dipandang rendah kerana sudah terdapat beberapa kes yang melibatkan kematian apabila kemarahan di atas talian terbawa-bawa ke dunia sebenar. Di China sebagai contoh ada kes pemain DotA ditikam sehingga mati oleh pihak lawan yang tidak berpuas hati. Di Malaysia September lalu seorang bapa menghempas anak berusia 6 tahun juga akibat permainan atas talian




No comments:

Post a Comment

Artikel Popular