Hiburan: August 15, 2018 at 03:59AM
Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Fuziah Salleh telah mencadangkan agar golongan LGBT menggunakan tanas orang kelainan upaya (OKU) ketika berada di tempat awam. Walaubagaimanapun, saranan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Antara yang membantah sekeras-kerasnya saranan menteri itu ialah personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi yang juga merupakan seorang OKU.
Sebagai Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU, Ras Adiba meluahkan segala rasa hati dan pandangannya berhubung isu tersebut menerusi satu surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebook.
Cadangan Fuziah membuatkan golongan OKU berang dan merasakan diri mereka tidak hormati. Sudahlah sebelum ini tandas OKU memang sering disalah gunakan oleh orang ramai. Beliau juga meminta agar pihak berkenaan membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat.
Pada masa yang sama beliau juga menuntut agar Fauziah membuat permohonaN maaf terhadap semua golongan OKU di Malaysia kerana saranan tersebut.
Terdahulu, Fuziah ketika ditemui pihak media berkata, golongan transgender mungkin buat masa ini boleh menggunakan tandas OKU di tempat awam sementara golongan itu diterima oleh masyarakat.
Sumber Berita : FACEBOOK RAS ADIBA RADZI
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment