Pages

Hiburan: Bayi 7 Bulan Sebatang Kara Di Hospital, Ibu Tidak Waras Gara-Gara Bapa Ada Perempuan Lain?

Hiburan: July 14, 2019 at 07:04AM

Anak merupakan amanah paling berharga yang telah dikurniakan Allah SWT. Tidak semua diberikan rezeki menimang cahaya mata sebaik sahaja berkahwin. Oleh itu, pasangan seharusnya menjaga zuriat sebaik mungkin dan mendidik mereka menjadi insan berguna.

Namun lain pula kisahnya apabila seorang bayi 7 bulan ditinggalkan sebatang kara di hospital. Paling menyedihkan apabila ibu bayi tersebut dipercayai tidak waras gara-gara bapa berkahwin baru.

Sebatang kara disini

Sampai ke malam nih tak habis fikir lagi, kenapa la tegar si ayah buat anak secomel terbiar begini, tanpa seorang pun tak ada yang lawat baby berusia 7 bulan nih, dah sebatang kara dia disini. Nasib misi-misi semua baik jaga baby nih bagai anak mereka sendiri. Dihati kecil ini menangis terdengar kisah bayi malang nih, paling membuat hati nih sebak adalah si ibu yang telah diuji dgn penyakit "GILA" kerana suami ada perempuan baru, mungkin dia tertekan sejak di dalam pantang lagi atau pun sudah lama tekanan yang dihadapi.

Sedih setiap kali terpandang bayi ini

Wahai si ayah dan perempuan kenapalah sanggup bina kebahagiaan di atas penderitaan insan-insan lain. Allahuakbar sedih sangat setiap kali terpandang wajah bayi yang tak mengerti tentang kehidupan ini lagi. Terpandang baby nih, hati menangis sangat-sangat. Semoga bila besar nanti bisa menggegarkan dunia tuk sebarkan Hidayat ya sayang.

Buat ayah-ayah diluar sana fikirkan sejenak untuk apa kita di hidupkan di dunia? Fikirlah matlamat sebenar kita disini, bimbing lah isteri dan anak sebaiknya, amanah Allah usah dipersiakan, kelak menyesal tak sudah, fikirlah sebelum kita kembali ke tempat asal, tiada peluang kedua untuk kita kembali ke sini lagi..

Penat menangis sampai tertidur

Sumber : Bunga Larangan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular