Pages

Hiburan: 5 “Musuh” Blackhead yang Wajib Korang Hindari. Hati-hati Tau!

Hiburan: September 23, 2019 at 06:25AM

Blackhead? Apa  tu blackhead? Ok! Kat sini sis Katy nak explain sikit pasal pembentukan blackheas yang korang perlu tahu. Blackhead terbentuk pada folikel yang mempunyai pembukaan yang lebih luas daripada biasa. Folikel ini dipenuhi dengan sebum, keratin & kulit mati yang kemudian bergumpal bersama. Bila terdedah kepada oksigen, mereka "tranform" menjadi hitam. Eeee geli kan? Haa benda itulah yang berada dekat muka korang sekarang ni.

1. Scrub Muka. Tidak!

Sis Katy selalu scrub muka sis sebab ingatkan kalau scrub muka selalu blackhead tu boleh hilang, tapi sebenarnya tak pun. Kalau kerap sangat scrub, minyak semula jadi dekat muka akan hilang dan kulit jadi semakin kering, malah mengundang lagi banyak balckhead plus dengan jerawat! Niat nak buang blackheads, eh tumbuh jerawat pulak, sedihnyaaaaaa…

2. Picit Blackhead. Tolonglah Jangan.

Even geram tengok blackheads ni berleluasa dekat muka tu, jangan sesekali cuba untuk picit. Buat jugak? Haaa…..Siap sedialah untuk korang rasa iritasi dan lebih worst bila tinggalkan kesan parut. Kalau betul nak hilangkan blackheads tu kenalah buat facial dekat mana-mana butik kecantikan ok?

3. Peel Off Masks

Penyelesaian penghapusan blackheads favorite ramai ialah : STRIPS & PEEL OFF MASKS. Mereka hanya mengeluarkan lapisan kulit lama & minyak yang teroksida yang berwarna SAHAJA! Lebih banyak blackheads akan datang balik nanti. Cara ini hanya sementara je sebab pell off masks ni tak tarik keluar habis pun dari akar blackhead tu. Kulit akan jadi lebih sensitif adalah.

4. Ramuan Penghapus Blackheads? Apa tu?

Sesetengah produk claim mampu membantu dalam masalah blackheads ni, seperti peppermint dan menthol, lemon dan limau dan juga eucalyptus. Even bahan tersebut adalah sangat famous digunakan ramai orang, jangan cepat terpedaya dan ikut trend nak cuba-cuba sebab bahan tu semua akan buatkan kulit muka korang jadi makin berminyak dan lagi banyak blackheads keluar. Oh no!

5. Greasy Moisturizer. Dilarang Sama Sekali!

Pakai pelembab wajah tu adalah kemestian, tapi kenalah tahu jenis pelembab apa yang sesuai dengan kulit muka korang tu. Kalau korang salah pilih pelembab, sis Katy yakin potensi untuk blackheads tu jadi makin worst dan bertukar menjadi jerawat adalah sangat-sangat tinggi.

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

 

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular