Pages

Hiburan: Ba Minta Maaf Sayang – Luahan Hati Sharnaaz Ahmad Buat Anaknya Bikin Netizen Sebak

Hiburan: September 12, 2019 at 04:59AM

Umum mengetahui semalam pelakon Sharnaaz Ahmad telah menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila kerana ingin cuba mempertahankan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu.

sharnaaz ahmad jebat jayden

Sharnaaz mengaku setiap apa yang dilakukan, fokus utamanya adalah kepada anaknya Jebat Jayden. Tiada siapa yang boleh memisahkan hubungan di antara ayah dan anak.

Menerusi muat naik terbarunya di Instagram, Sharnaaz bikin hati netizen sebak apabila memuat naik klip video bersama Jebat yang cukup menyentuh perasaan.

Ba minta maaf sayang

Sharnaaz meminta maaf kepada anaknya atas apa yang berlaku. Harapnya satu hari nanti Jebat akan memahami situasi berkenaan apabila sudah besar kelak.

Rakan artis dan netizen luahkan rasa

simpati, harap Sharnaaz bertabah

sharnaaz ahmad ceraisharnaaz ahmad tolak tuntutan ceraisharnaaz ahmad cerailuahan sharnaaz ahmad jebat jaydensharnaaz ahmad noor nabila ceraiRakan artis dan netizen meluahkan rasa simpati kepada Sharnaaz dan turut mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga rumah tangga yang dibina pulih semula demi Jebat.

Tedahulu, antara alasan Nabila mahu bercerai adalah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Nabila juga mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun berkemampuan untuk memberi lebih daripada jumlah tersebut. Selain itu, Nabila juga mengatakan tiada lagi persefahaman antara mereka berdua meskipun sudah berusaha pelbagai cara untuk berdamai.

 

 

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular