Pages

Hiburan: ‘Bila Dia Ada, Saya Rasa Sempurna’ – Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

Hiburan: September 11, 2019 at 05:48AM

Tidak dinafikan, kehadiran kanak-kanak dapat menceriakan kehidupan kita dalam seharian. Malah, mereka juga mampu membuatkan kita tenang dari segala masalah dengan keletah comel mereka.

Begitu juga dengan penyanyi yang popular dengan lagu 'Di Matamu', Sufian Suhaimi yang membuat keputusan mengambil anak angkat. Anak angkat penyanyi itu dikenali sebagai Faeq Razeeq yang kini sudah mempunyai lebih 10k pengikut di laman IG. Comelnya!

Tidak terlalu muda untuk memikul tanggungjawab

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT

Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.

Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I've been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan.

Menurut Sufian, dia bersyukur atas rezeki yang dimilikinya hari ini. Dia turut memaklumkan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjadi ibu dan ayah.

Belum masa tamatkan zaman bujang

Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies.

When they're around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.

Tambahnya dia merasa gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah keluarga dan mempunyai anak. Menerusi Astro Awani, anak angkatnya, Faeq itu merupakan anak kepada rakan baiknya semasa sekolah.

Buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama ibu bapa kandungnya dan mereka akan berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Netizen puji

Sumber : Sufian Suhaimi

 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular