Pages

Hiburan: Datuk Bandar Terbaik Ke 3 Di Dunia, Tri Rismaharini Digelar ‘Singa Betina’ Kerana..

Hiburan: September 13, 2019 at 02:54AM

Di sebalik keindahan bandar Surabaya, siapa sangka ianya dipimpin oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Tri Rismaharini. Beliau sering mendapat perhatian rakyat Indonesia kerana ketegasannya yang luar biasa. Bayangkan, beliau tidak akan teragak-agak mengamuk di khayalak ramai jika melihat sebarang kecacatan di bandar itu.

Walaupun begitu, tindakannya itu memberi kesan yang baik kepada bandar Surabaya sehingga beliau digelar pemimpin terbaik ketiga versi World Best City Mayor edisi Tahun 2014. Mengagumkan!

Siapa dia Tri Rismaharini?

Selain itu, Tri Rismaharini juga merupakan wanita pemimpin hebat Indonesia selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) berdasarkan kajian dibuat oleh 'Kajian Pembangunan Bandar-Bandar' di London,United Kingdom.

Pada tahun 2014, Front Pembela Islam (FPI) pernah memberi gelaran Risma sebagai 'Singa Betina' kerana berjaya menutup pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara (Dolly). Fuh memang hebat!

Surabaya banyak berubah kerana Risma

Tambang bas guna sampah

Di bawah pentadbiran Risma, beliau antara pemimpin pertama yang mencetuskan idea membayar tambang bas menggunakan sampah. Ini bertujuan bagi mengalakkan lagi penduduk Surabaya menjaga kebersihan negara sendiri.

Teknologi yang bagus di bawah pemerintahan Risma

Garang dan tegas

Tidak dinafikan lagi, negara Surabaya membangun disebabkan ketegasan beliau yang berani. Beliau sering dilihat memarahi pekerja-pekerja yang tidak menjalankan tugas dengan betul.

Dapat anugerah Datuk Bandar no 3 terbaik dunia

Hasilnya kini Surabaya antara bandar yang sering dikunjungi saban tahun kerana keindahan bandarnya yang lebih baik dari daerah Indonesia yang lain. Ini sekaligus meningkatkan sektor pelancongan negara tersebut.

Dokumentari hebat

Sejak Risma dipilih sebagai Datuk Bandar pada tahun 2010, Surabaya kini memiliki 11 taman terbesar dengan pelbagai tema. Ada di antara mereka mempunyai akses Wi-Fi dan perpustakaan serta kemudahan sukan.

Surabaya juga dianggap berjaya dalam penyerapan air sehingga tidak ada banjir besar seperti Jakarta. Bukan sahaja berjaya dalam sektor pembangunan, Risma juga dilihat memberi fokus di dalam sektor lain seperti kesihatan dan pendidikan.

Sumber : Datuk Jahat



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular