Pages

Hiburan: Didakwa Cari Publisiti, Bella Astillah Dikecam Netizen Gara-Gara Live IG Bersama Aliff

Hiburan: September 24, 2019 at 07:28AM

Meskipun sudah berpisah, hubungan penyanyi Aliff Aziz dan bekas isterinya iaitu Bella Astillah dipercayai masih baik. Terbaru, seorang individu telah berkongsi satu rakaman video di Twitter, mengenai sesi 'Live' Bella bersama Aliff di Instagram. Menerusi perkongsian itu, netizen meninggalkan komen negatif buat Bella kerana cuba meraih perhatian netizen.

This makes me emotional

Menerusi video berdurasi 0:56 saat, Bella kelihatan melakukan Instagram Live bersama bekas suaminya, Aliff Aziz. Video tersebut menyaksikan Bella sedang menyanyikan lagu 'Attention' sambil diperhatikan oleh Aliff. Pada masa yang sama, Aliff turut mengajar dan memberi komen terhadap teknik nyanyian Bella.

Dia nak attention saja

Menurut netizen, mereka berpendapat penyanyi kelahiran Kota Kinabalu itu sengaja meraih perhatian. Sebagai bekas isteri, netizen turut menasihati Bella, supaya tidak terlalu menunjuk sifat kemesraan yang melampau di laman sosial kerana perkara itu boleh mengundang fitnah dan kutukan yang negatif daripada masyarakat.

Sumber:Batrishiaa



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular