Pages

Hiburan: [FOTO & VIDEO] Dengan Sekali Lafaz, Rizman Sah Suami Kepada Nurida Suraya

Hiburan: September 13, 2019 at 04:54AM

Memilih tanggal 13 September 2019 menjadi detik paling bermakna buat Rizman Nordin menamatkan zaman bujang. Dengan sekali lafaz, pereka fesyen terkenal ini sah menjadi suami kepada Nurida Suraya.

Majlis akad nikah ini turut dihadiri beberapa rakan artis dan pereka fesyen yang lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin, Alving Chong dan ramai lagi. Kami kongsikan kepada anda beberapa foto dan video sekitar majlis akad nikah yang berlangsung tadi.

Foto akad nikah

Berjalan masuk ke dewan

Busana ringkas dan cantik

Lafaz akad nikah

Dah dengan sekali lafaz

Rizman Nordin ini telah mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu bersama gadis pilihan hatinya. Rizman yang merupakan pereka fesyen sering menjadi pilihan penyanyi dan pelakon terkenal tanah air untuk memperagakan busana rekaannya di mana-mana majlis berprestij. Dia mengambil keputusan bertunang selepas kira-kira setahun untuk mengenali hati budi Nurida Suraya.

Sumber: ctdk, Fattah Amin, Nur Fazura



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular