Pages

Hiburan: Jabatan Kimia Sahkan Gula-Gula White Rabbit Mengandungi DNA Khinzir, Tidak Halal

Hiburan: September 12, 2019 at 09:52AM

Kalau disebut gula-gula White Rabbit, sudah pasti ramai yang tidak tahu bagaimana rupa gula-gula itu. Tetapi jika ditunjuk plastik gula-gula tersebut, korang pasti akan kata, oh gula-gula yang boleh makan sekali dengan plastik. Betul tak?

Terbaru, menerusi laporan TV Al-Hijrah, gula-gula susu "White Rabbit Creamy Candy" yang diimport dari China itu, disahkan mengandungi gelatin atau bahan berasaskan haiwan yang tidak halal.

Terbukti menerusi beberapa siri ujian makmal

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, status halal gula-gula White Rabbit itu dibuktikan menerusi beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.

Terdahulu, status halal gula-gula yang popular di negara Asia Tenggara ini menjadi perdebatan dan dipersoal di laman sosial. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan halal supaya isu berhubung status halal gula-gula berkenaan dapat dihentikan.

Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial. Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti.

Pengeluaran Ice -cream White Rabbit akan dihentikan

Selain terkenal sebagai gula-gula, White Rabbit juga dijadikan Ice Cream buat para penggemar gula-gula tersebut di Malaysia dan Brunei. Menurut Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA), selepas gula-gula tersebut disahkan tidak halal, seluruh produk buatan China akan dihalang bagi memasuki mana-mana pasaran halal di Malaysia dan Brunei. Mereka juga mengingatkan dan memberi amaran kepada para pedagang berlesen bahawa label makanan palsu dan mengelirukan adalah kesalahan di bawah Akta Kesihatan Awam (Makanan) dan pesalah boleh didenda dan/atau dipenjarakan sehingga lima tahun.

Berikutan pengumuman status halal itu juga, beberapa pembuat ais krim di Brunei seperti Project Ice Cream dan Rumah Gelato, mengambil langkah untuk menghentikan pengeluaran ais krim berperisa White Rabbit di cawangan-cawangan mereka. Pembuat ais krim tersebut, turut mengambil langkah-langkah pembersihan seperti membersihkan semula peralatan dan kemudahan yang digunakan dengan cara yang betul, untuk mengembalikan keyakinan pelanggan mereka.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular