Hiburan: September 23, 2019 at 09:25AM

Fenomena Drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin ternyata mendapat sambutan daripada penonton setiap kali ditayangkan. Mana taknya, konflik yang dihadapi keluarga Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle daripada musim pertama hingga musim kedua itu membuatkan penonton ternanti-nanti episod seterusnya.
Terbaru, menerusi Instagram Shahrulezad Mohameddin, pengarah tersebut meluahkan perasaan untuk menerbitkan satu lagi drama baru buat Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani. Idea yang tercetus itu dikongsikan kepada netizen untuk memperoleh pandangan jika drama tersebut berjaya dihasilkan. Mesti best kan!
Mungkin sejarah mereka berdua
Menurut Shahrul, dia meminta pandangan para netizen jika mereka bersetuju drama Nur kali ini difokuskan kepada watak ustaz Hamadi dan Aishah sahaja. Tambahnya, mungkin sejarah perkenalan ustaz Hamadi dan Aishah mampu membangkitkan lagi drama Nur yang seterusnya.
Disebabkan perkongsian tersebut, ramai netizen menjadi teruja dan menyokong idea tersebut. Rata-rata netizen mengharapkan drama mengenai Ustaz Hamadi ini berjalan dengan lancar. Tambah netizen, mereka ingin mengetahui latar belakang hidup ustaz Hamadi dan perjalanan hidup yang mendorongnya ke arah watak antagonis dalam drama Nur.
Reaksi netizen




Janji aku pun join

Selain daripada netizen, rakan artis turut bersetuju dengan idea pengarah tersebut. Ada sesetengah rakan artis siap menawarkan diri untuk berlakon dalam drama Nur seterusnya. Menurut mereka, drama Nur merupakan sebuah karya yang hebat dan mempunyai nilai moral buat masyarakat.
Antara babak menarik drama Nur
Sumber: Shahrulezad
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment