Hiburan: September 12, 2019 at 12:52PM
Tindakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter didakwa mempunyai kaitan dengan beberapa individu yang telah berlaku biadap terhadap baginda. Terdapat segelintir netizen yang bersikap kurang ajar dengan menyatakan rasa kurang senang mereka secara terbuka terhadap Raja Permaisuri Agong.
Atas desakan orang ramai di segenap media sosial, akhirnya, si pelaku telah tampil memohon maaf dan meninggalkan warkah buat Permaisuri Agong.
Warkah memohon ampun
Setelah dikecam ramai pihak di media sosial, salah seorang daripada individu tersebut telah tampil dan meninggalkan warkah memohon ampun buat Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminag Maimunah Iskandariah. Individu berkenaan sebelum ini telah menutup akaun Twitter ke mode privacy dan tiada sebarang respon setelah didapati berkelakukan biadap terhadap baginda.
Patik berlaku biadap terhadap Tuanku
Dalam warkah mohon ampun berkenaan dari individu itu menyatakan kekesalan dirinya yang telah bertindak biadap terhadap Tuanku Permaisuri Agong. Dia dengan merendah diri memohon maaf segala keampunan daripada baginda.
Tambahnya, dia bersedia menghadap untuk memohon ampun sekiranya Tuanku berkenan menerima kehadiran individu berkenaan dan dia mengharapkan Tuanku Permaisuri Agong memberi pengampunan terhadap dirinya.
Sumber: Firdaus Asraf
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment