Pages

Hiburan: Pengalaman Seram Sepanjang Perjalanan Dari Gombak Ke Kelantan, Tergamam Lihat Makhluk Berlumuran Darah

Hiburan: September 11, 2019 at 04:48AM

Pernah atau tidak anda sekeluarga mengalami pengalaman mistik ketika dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi? Seperti pengalaman misteri keluarga Amirah Khairi ini, dia ternampak susuk 'tubuh' yang dipenuhi darah pada pakaian berbaju putih ketika malam di sebatang jalan sekitar Krau.

Kelibat misteri itu berkeliaran di kawasan tersebut kerana dipercayai lokasi itu pernah berlakunya kemalangan melibatkan nyawa pada seminggu sebelum keluarga ini melalui jalan tersebut untuk ke Kelantan.

Apa kat tengah jalan gelap tu?

Cerita dia camni. Jumaat yang lepas aku plan untuk pergi Kelantan dengan suami, anak-anak, kakak dan anak-anak dia. Kami gerak dari Sungai Buloh pukul 10.00 malam sebab tunggu suami balik dari kerja lepas tu terus pergi ambik kakak aku dan family kat Gombak.

Pukul 11 malam baru kami gerak dari Gombak ke Kelantan. Ni kira first time lah kami sekeluarga ke Kelantan naik kereta dan drive sendiri. Last datang waktu rombongan sekolah dulu-dulu tu pun naik bus. Mengikut nasihat kawan-kawan yang memang orang Kelantan, diorang advice untuk keluar di Bentong Pahang dan ikut jalan dalam instead of highway LPT. Sebab kalau ikut jalan lama at least banyak petrol pump kita boleh berhenti dan banyak kedai juga kat certain area. Kami pun keluarlah ikut Bentong dan ikut jalan lama.

Sepanjang pejalanan cuaca elok je cuma tak berapa banyak sangat kereta je waktu kami lalu. Tetiba langit mula semakin gelap dan tak lama lepas tu hujan mula membasahi bumi tapi tak terlalu lebat lah. Waktu ni mata mula kabur-kabur sebab silau bila hujan terkena di cermin kereta. Semua budak-budak dan kakak dah mula tertidur. Aku masih setia temankan suami sambil borak-borak offer dia segala makanan dan minuman yang ada untuk elak dia mengantuk.

Perasan ada satu benda kat tengah lane


Dalam tengah borak-borak ni aku pun dok peratilah kiri kanan jalan yang sangat gelap, yang hanya ada hutan kiri kanan. Waktu ni hujan dah mula renyai-renyai di jalan yang berbukit, yang penuh dengan selekoh dan bumpy. Aku pun tak pasti jalan apa. Tapi aku rasa tu mungkin area Krau atau sebelum hentian Lipis (mungkin).

Yang aku pasti jalan tu 2 lane saja, memang sunyi dan tanpa sebarang lampu jalan atau lampu rumah orang, berbukit dan ada bengkak bengkok corner dia. Yang aku nampak hanya lah hutan kiri dan kanan. Tengah dalam hujan renyai-renyai tu tiba-tiba ada satu lorry dari jauh yang lampu dia terang dan silaukan mata lalu dari arah bertentangan. Time ni kami tengah nak turun bukit dan akan ada selekoh tak jauh depan tu. Makin lama dia makin dekat.

Time ni aku perasan ada satu benda kat tengah-tengah lane tu. Dalam hati dah pelek dah, motor ke tu? warna merah, makin lama kereta makin dekat dengan dia dan lorry pun makin dekat dengan dia. Lorry melepasi benda tu dulu kemudian baru lah kereta kami nak lalu sebelah dia. Dalam hati aku masih rasa pelek, gila ke motor ni duduk tengah-tengah lane. Ni confirm kena langgar dengan kenderaan dari salah satu arah ni.

Aku masih terus perhati pada benda tengah-tengah lane tu. Bila kereta aku nak pass by je dia, tetiba baru aku perasan dia berdiri seakan-akan orang yang berambut panjang dan berbaju putih tapi dipenuhi darah pada baju dia. Dia menundukkan muka dia dan seakan-akan sedih. Time ni dia tengah menghadap lane aku gaya seakan-akan nak lintas tapi tak nak lintas.

Muka dia menunduk ke bawah

Aku masih terus perhatikan dia dalam keadaan renyai-renyai tu. Kereta kami pun melepasi dia. Tapi yang peliknya suami aku tak telanggar pun dia sedangkan kereta kami dekat-dekat dengan lane tengah dah dan dia duduk betul-betul di atas lane sambil pandang cermin kereta belah pemandu (suami driving).

Time ni muka dia menunduk ke bawah je dan baju penuh dengan darah warna merah. Dah pelik macam tu tak adalah aku nak cari pasal tengok muka dia. Aku mula macam meremang dan berdebar-debar. Tapi time ni aku terus tengok kiri dan kanan jalan tapi tak ada pun kereta atau motor terkandas tepi jalan. Kot-kot lah kereta dia rosak ke apa. Aku cuba juga tengok kot-kot kalau ada rumah tepi jalan aku tak perasan, tapi seriously memang gelap, hutan dan tak ada rumah atau lampu pun.

Aku terus pandang ke belakang kereta dan perhati kan dia tapi dia dah tak ada kat atas lane tuAku terus tengok jam, time ni dah pukul 2.45am. Masih tertanya-tanya tapi aku diam kan je diri. Aku perhati juga suami aku, tak kan dia tak nampak? diam je dia.
Kalau dia nampak sebelah dia ada orang dok tengah lane mesti dia orang pertama akan bersuara "Gila apa tengah malam berdiri kat tengah lane, nak kena langgar apa?".

Confirm laki aku dah bersuara dah. Lagi nampak ada darah-darah kat baju orang tu. Confirm dia tak dok diam dan akan start bercerita dengan aku. Tapi dia diam je sepanjang jalan. Fuh hati dan fikiran asyik tetanya-tanya lagi. Sekali sampai kat 1 simpang turun bukit tak tahu kat mana dalam 20-30 minit before Petron besar tempat bus-bus berhenti (May be Petron gua Musang kot), suami break emergency, dia kata dia nampak macam ada orang dok cangkung kat atas devider besi tepi jalan nak melompat dan melintas jalan. Terkejut sampai tekan break emergency dia. Nasib tak ada apa-apa jadi.

Terus kami decide untuk berhenti kat next petrol pump, Petron yang meriah atas bukit sikit befor round the bout. Time ni dah pukul 3.40 am. Aku bagi laki aku rest jap, lelap. Aku ngantuk tapi tak boleh nak lelap. Otak masih tefikir-fikir pasal siapa yang berdarah atas jalan tadi? Banyak persoalan yang main kat minda aku tak terjawap lagi.

Kenapa baju dia penuh darah?

Tengah hujan tapi kenapa rambut dia tak basah kena hujan ye? Kenapa dia berdiri tengah jalan? Kenapa baju dia penuh darah-darah? Tak kan benda tu lalu sebelah laki aku pun dia tak nampak? Fuhh. aku tunggu je sampai pukul 5 am gerak laki untuk teruskan pejalanan. Time ni tak puas hati sebab masih tak terjawap setiap pesoalan tadi.

Aku terus tanya "Pa, tadi waktu kat tempat hujan renyai-renyai, jalan turun bukit dan ada corner tajam tu papa tak nampak apa-apa ke? Tak nampak ke ada orang kat tetengah lane? Dia tengah berdiri menghadap kereta kita dan baju penuh darah? Papa tak perasan ke? Lagi sikit papa nak terlanggar. Bebetul sipi je nak kena side mirror kita?

Laki aku terus kata tak ada. Dia muka dah pelik dah. Dia suruh cerita apa yang aku nampak. aku pun cerita lah. Dia kata lah, dia tak hairan tempat tu ada sebab dia pun ada rasa dan nampak before Petron tu. Sekali akak aku terjaga dan buka cerita. Dia kata last week dekat-dekat kawasan tu ada accident yang masuk berita. Kemalangan maut. Orang tu meninggal kat situ juga.

Perghhh time ni aku tak tahu nak cakap apa dah. Speechless fikirkan apa yang aku nampak sebenarnya Alhamdulillah selamat sampai di Kota Bharu dan nasib baik tak demam. Siapakah dia yang berdarah penuh di baju tu??

Kalau korang nak tahu. Rupa dia exactly macam dalam gambar ni. Serius tak tipu. Cuma bezanya dia bukan macam budak. Tu je. Korang pernah kena ke macam ni yang balik ke Kelantan?

Sumber: Amirah Khairi



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular