Pages

Hiburan: ‘Sayang Aku Ke Sayang Vape Ni?’ – Tak Puas Hati Punya Pasal, Selamba Buang Vape BF

Hiburan: September 11, 2019 at 08:49AM

Merakam video bersama pasangan kekasih bagaikan menjadi trend masa kini. Ada yang merakam video menyanyi bersama dalam kereta dan ada yang rakam seperti vlog harian.  Namun, lain pula yang dilakukan wanita ini terhadap teman lelakinya. Dia kelihatan membuang rokok elektronik ataupun dikenali sebagai vape keluar dari kereta yang sedang dipandu lelaki itu.

Menerusi Twitter Intan, dia memuat naik satu rakaman video seorang wanita yang dengan sengaja membuang vape milik teman lelakinya itu keluar dari kereta. Tindakannya itu seolah-olah mengongkong pasangannya itu. Lantas netizen terus mengecam tindakan gadis tersebut.

Itu hak dia, benda tu beli dengan duit

Perbuatannya itu mungkin sebagai tanda tidak membenarkan teman lelakinya untuk menghisap vape. Namun tindakannya itu tidak sewajarnya berlaku. Dia boleh menasihati teman lelakinya itu dengan cara elok. Melalui video tersebut, riak wajah lelaki tersebut turut berubah dan hanya memendam perasaan sedih apabila harta benda miliknya dibuang begitu saja.

Nampak muka terkilan

Tolong hormat pasangan masing-masing

Sumber: Intan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular