Hiburan: September 11, 2019 at 11:49AM
Umum sedia maklum bahawa bekas penyampai radio dan pengacara popular, Faizal Ismail bakal menyambung pelajaran pada peringkat Sarjana di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK). Dia bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Industri Kreatif dan Budaya.
Melalui Instagram miliknya, dia menerangkan bagaimana dia boleh terfikir untuk menyambung pelajaran kembali pada waktu sebegini. Dia melihat peluang untuk menyambung pelajaran selepas berhenti dari pekerjaan tetapnya. Disebalik semangatnya, dia mempunyai tiga orang teman yang menjadi pendorong terhadap hasratnya itu.
Macam mana boleh terfikir?
Macam mana terfikir nak study balik?
Saya terima soalan macam tu banyak kali. So nak share lah ni. Lepas berhenti full time job, saya target nak carik benda baru. Explore new opportunities. Dalam mencari, ada 3 orang Allah izinkan saya berjumpa.
1st person Faizal Nazim
4 tahun lepas di London saya bertemu semula dengan Faizal (nama pun sama) sejak lost contact dari sekolah rendah. Masa tu tengah shooting satu production tv. Sejak dari hari tu kami jadi rapat dan setiap kali dia balik ke Malaysia kami jumpa. Dia akan cerita macam-macam pasal life kat sana sebab dia dah dekat 20 tahun jadi rakyat sana lepas berkahwin dengan wanita British. Saya inspired dengan cerita dia. (Tapi bukan tang bab kahwin dengan British)
Dapat jumpa dengan pensyarah sana
2nd person Noyu Andrea
PHD Student at Cardiff University, pernah buat praktikal kat Media Prima masa saya host Muzik-Muzik, Apa Saja FBI. Tahun 2016, tiba-tiba dia whatssap saya lepas beberapa tahun, bagitau dia sekarang study kat UK. So saya terus tanya dia camne nak further ke sana. Step by step dia terangkan kat saya. So saya inspired kali kedua. Last year Faizal Nazim, Yusri Zamri dan Hafiz bawak saya ke Cardiff untuk face to face dengan course tutor dan Noyu Andrea sambut kami.
Allah buka jalan satu satu
3rd person Farah Lee
Sepatutnya saya plan nak further tahun 2018, tapi Allah bagi rezeki anak dan kami tangguh plan. Tup tup tengok kat IG Farah Lee dia dapat sambung ke UK tahun lepas, huhu. Lagi jealous kita. So I told her pasal niat saya juga, and she really encouraged me to pursue the dream. Thank you Omma.
And after 3 years of planning, here I come. Allah buka jalan satu satu. Sebenarnya bukan senang tapi tak mustahil. Mulakan dengan niat, doa dan usaha. Set your target dan jangan buang masa atau berbelanja dengan benda-benda yang tak membantu. InshaAllah. Get rid of negative thingking, stay focused and go after your dreams! Good luck.
Foto-foto sekitar di UK
Sumber: Faizal Ismail
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment