Pages

Hiburan: Tipah Tertipu! Kisah Bapa Bonceng Motosikal Dengan Anak Dari IJN Ke Kuala Terengganu Palsu!

Hiburan: September 11, 2019 at 11:49AM

Sebelum ini viral di media sosial kisah seorang bapa yang terpaksa membonceng motor dari  Institut Jantung Malaysia (IJN) ke Kuala Terengganu demi membawa anak perempuannya mendapatkan rawatan bagi penyakit buah pinggang dan jantung berlubang. Kisah itu telah dikongsikan seorang pengguna Twitter yang seterusnya mendapat simpati netizen.

Namun apa yang mengejutkan, menerusi laporan Harian Metro hari ini cerita yang disebarkan itu adalah palsu dan tidak tepat sama sekali.

Menurut laporan itu, Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) berkata siasatan mendapati individu tersebut merupakan orang yang sama didapati menipu sebelum ini.

Malah katanya, IJN juga mendapati pesakit itu mendapatkan rawatan susulan kali terakhir pada tahun 2016 yang lalu.

Selepas siasatan dibuat, individu terbabit adalah orang yang sama didapati menipu sebelum ini. Kami sudah maklumkan perkara terbabit di 'wall' (Facebook) kami.

Siasatan lanjut juga mendapati kali terakhir pesakit itu ke IJN untuk rawatan susulan adalah pada 2016. Mereka tidak datang lagi ke IJN selepas itu.

Berhati-hati ketika sebar maklumat

Yayasan itu kemudiannya meminta orang ramai untuk tidak tergesa-gesa menyebarkan cerita tanpa sebarang maklumat yang sahih.

Pihak IJNF memohon agar semua mendapatkan maklumat dari pihak yang sepatutnya sebelum mengumumkan sebarang berita.

Kisah 'sayu' pak cik ni raih lebih 16k rt

Sebelum ini, pengguna Twitter lalangsajati berkongsikan kisah itu sehingga mendapat lebih daripada 16k rt. Menceritakan bahawa dirinya tersempak dengan dua individu itu di RnR Maran, dia bersama keluarganya pada ketika itu turut menghulurkan bantuan dengan memberikan sedikit lauk untuk dimakan kepada mereka.

Sumber: Harian Metro, Twitter lalangsajati



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular