Pages

Hiburan: ‘Angkuh’ – Syed Saddiq Respon Foodpanda Tidak Kisah Rider Mogok

Hiburan: October 8, 2019 at 05:15AM

Kontroversi membabitkan pembayaran baru Foodpanda diketahui telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan riders sehingga melancarkan mogok. Mengulas mengenai tindakan itu, pengarah urusan syarikat tersebut, Sayantan Das semalam berkata tiada masalah jika penunggangnya melancarkan mogok namun mereka perlu menukar syif kepada penghantar lain supaya tidak menjejaskan pendapatan mereka.

Susulan daripada kenyataan itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kesal dengan perkara itu dan menganggap pengurusan syarikat itu sebagai angkuh.

Angkuh bukan jalan penyelesaian

Menerusi respon yang dibuat melalui laman Twitternya, Syed Saddiq berkata sebagai sebuah syarikat korporat yang dibangunkan oleh pekerja dan pengguna, Foodpanda juga boleh dijatuhkan oleh penunggang dan penggunanya.

Katanya, keangkuhan pengurusan Foodpanda bukanlah satu cara yang baik untuk menyelesaikan perkara itu bagi kedua-dua belah pihak.

Respon netizen

Sumber: Twitter Syed Saddiq



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular