Hiburan: October 9, 2019 at 06:18AM

Pelakon, Sharifah Sakinah memuat naik sekeping foto di Instagram miliknya dan berkongsi momen paling bermakna apabila berkesempatan bertemu dengan pendakwah muslimah, Hubabah Huda Al-Jailani semalam.
Menurut Sakinah, pertemuan tersebut banyak mengajar dirinya tentang akhlak dan aurat pada masa sama menggerak hatinya tentang pendekatan yang dilakukan Hubabah untuk berdakwah.
Sangat menyentuh hati
Menurut Sakinah, dia berkesempatan meluangkan masa bersama Hubabah Huda dan mereka sempat bercerita mengenai beberapa perkara seperti perihal aurat dan akhlak. Tambahnya, dia sangat terkejut apabila pendakwah itu menutup dirinya dengan berlapis-lapis kain ketika mereka berdua hendak bergambar.
Sakinah turut memberitahu bahawa pendakwah tersebut sempat menasihati dirinya untuk menjaga aurat dan akhlak. Selain itu, Sakinah turut memberitahu tindakan Hubabah itu juga dirasakan lebih bermakna berbanding teguran bersifat kecaman daripada netizen. Perkongsian bermanfaat Sakinah itu mendapat respon positif daripada kalangan peminat dan rakan selebriti. Namun, masih ada sebilangan kecil netizen yang terus menghentam Sakinah hingga mencetuskan kemarahan pelakon Nabila Huda.
Komen netizen



Rata-rata netizen meluahkan pandangan masing-masing mengenai posting yang dilakukan oleh Sharifah Sakinah. Pada masa yang sama, Nabila turut menasihati netizen supaya tidak menilai sikap dan tingkah laku rakan karibnya itu.
Sumber : Sharifah Sakinah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment