Hiburan: October 15, 2019 at 05:36AM

Sudah lama agaknya kita tidak mengikuti perkembangan pelakon cantik manis Wan Sharmila yang sering menghiasi drama-drama di ruang kaca televisyen. Sebenarnya jika ada di antara anda yang menjadi pengikut di laman Instagram milik beliau, pastinya korang perasan pelakon ini mulai mengenakan hijab.
Memuat naik beberapa posting dirinya sedang bercuti di Jepun ketika ini, penampilan baru Wan Sharmila yang dilihat berhijab ternyata mencuri perhatian para pengikutnya di Instagram.
Tiada pengesahan berhijab


Bagaimanapun sehingga, kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada selebriti itu bagi menyatakan sama ada dirinya sudah sepenuhnya berhijab ataupun tidak.
Netizen puji



Ternyata penampilan baru pelakon itu mengundang rasa senang dalam kalangan peminat dan pengikut Instagramnya.
Rata-rata netizen memuji kecantikan wanita itu mengenakan hijab sambil tidak lupa mendoakan agar pelakon itu terus istiqomah mengenakan tudung selepas ini.
Sumber: Instagram Wan Sharmila
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment