Pages

Hiburan: [VIDEO] Degil Punya Pasal, Lori Simen Ini Dirempuh Kereta Api

Hiburan: October 2, 2019 at 03:55AM

Tindakan seorang pemandu lori simen yang terburu-buru memasuki tapak pembinaan dan enggan mematuhi larangan melintas di laluan kereta api akhirnya membawa padah apabila kenderaannya dirempuh lokomotif di Kilometer 2, Pelabuhan Utara, di Pelabuhan Klang.

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam sebelum  ianya mula tular di media sosial.

Tidak mengikut arahan melintas laluan

Menerusi Utusan Online, pemandu yang berusia 43 tahun itu didakwa mengabaikan arahan arahan melintas laluan kereta api walaupun telah diarahkan berhenti oleh pengawal stesen berkenaan.

Menerusi video tersebut dapat dilihat pengawal berkenaan telah membawa bendera hijau untuk menghalang lori itu daripada melintas tetapi pemandu lori tersebut tetap meneruskan perjalanan sebelum dilanggar kereta api itu di bahagian belakang kenderaan berat itu menyebabkan kenderaan itu terbalik.

Muatan simen cair tertumpah

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pemandu keratapi tersebut sempat membunyikan hon tetapi tidak diendahkan oleh pemandu lori tersebut.

Pelanggaran itu mengakibatkan lori simen berkenaan terbalik dan muatan simen cair tumpah di lokasi kejadian, manakala, lokomotif tersebut pula mengalami kerosakan di bahagian enjin hadapan.

Tiada berlaku kecederaan

Bagaimanapun tiada kecederaan dialami oleh kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Kes ini akan disiasat mengikut Akta Kereta Api 1991 oleh pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan kedua-dua pemandu terlibat sedang dirakam keterangan.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja mengalih lokomotif dan kerja pembersihan simen juga sedang dilakukan oleh pihak berwajib.

Sumber: Kosmo, Utusan Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular