Hiburan: October 15, 2019 at 09:36AM

Industri muzik Kpop tidak asing lagi di Malaysia. Sehinggakan sebelum ini kumpulan Kpop terkenal iaitu BTS merangkul anugerah kategori Artis Luar Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (APBH) yang lalu.
Terbaru, menerusi Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagau Anisha, berkongsi foto dan video sekumpulan peminat fanatik menyambut ulang tahun salah seorang ahli kumpulan BTS, Park Jimin di sebuah kafe di Kuala Lumpur.
Lelaki tu tak ada pun kat situ
This is madness weh. Like seriously girls. Your boy tak de pun dekat situ. pic.twitter.com/Wa519C53gs
— Middle (@anishazwaniiii) October 15, 2019
Menerusi video yang dimuatnaik gadis tersebut, kelihatan sekumpulan peminat fanatik sedang menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' versi Korea untuk artis kegemaran mereka itu. Majlis yang diadakan secara terbuka itu mengundang kecaman netizen, namun ada yang mempertahankan tindakan mereka.
Army punya kuasa

Minat tak salah tapi jangan obses

Tak payah sibuk hal diorang

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir peminat yang mengatakan aktiviti berkenaan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peminat. Tambah lagi, aktiviti tersebut tidak menyusahkan orang ramai.
Sumber: Anisha
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment