Resepi: October 10, 2019 at 01:16PM
Kuih Keria
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1/2 kg (500 gm) ubi keledek putih / oren
2 sudu besar tepung ubi / tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Penyediaan :
- Rebus keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
- Haluskan ketika masih panas. Ketepikan.
- Gaul bersama tepung gandum dan tepung ubi.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Timbang doh seberat 40gm dan bentuk bulat seperti donat.
- Buat lubang ditengahnya. Sapu tangan dengan gandum supaya tidak melekat.
- Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana.
- Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di sira.
Sira Gula
3/4 cawan gula
1 cawan air
Penyediaan :
- Masak air dan gula hingga berbusa semua di dalam kuali.
- Tutup api, masukkan keria.
- Kacau perlahan hingga gula mula mengering dan bersalut pada keria.
- Kikis kerak gula halus yang melekat pada kuih dan gaul hingga melekat.
NOTA : Jangan masak air gula terlalu pekat, kerana salutan gula akan menjadi keras dan kasar.
Kuih Keria
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya





No comments:
Post a Comment