Hiburan: November 17, 2019 at 02:47AM
Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Tanjung Piai menyaksikan kemenangan kepada calon Barisan National (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dengan undian majoriti 25,466. Kemenangan itu menyaksikan calon BN menewaskan calon dari parti Pakatan Harapan (PH) iaitu Kaimaine Saidini yang hanya memperolehi 10,380 undi dari rakyat.
YB Syed Saddiq menerusi laman Facebook menyifatkan kekalahan itu adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan.
Pahit untuk ditelan
Syed Saddiq menyatakan keputusan dari undian PRK itu adalah merupakan suara rakyat dan memohon maaf atas kekurangan pentadbiran sepanjang parti itu memerintah Kerajaan. Baginya, keputusan kemenangan berpihak kepada parti BN juga adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan terpaksa berdepan realiti.
Kekalahan ini pahit untuk ditelan.? Rakyat sudah bersuara.? ?Suara rakyat, suara keramat.? My sincerest of apologies to the Malaysian Youths for my schortcomings.? Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan.? Sekali lagi, minta maaf. ?
Hormat keputusan rakyat
Sementara itu, Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut akan keputusan dimana rata-rata pengundi lebih berpihak kepada Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng. Tambahnya lagi, dia berharap agar barisan pemimpin PH mengambil iktibar dan terus berusaha demi mengembalikan kepercayaan rakyat.
Tahniah kepada Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng di atas kemenangan yang diraih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai. Bagi pihak Pakatan Harapan (PH) kami menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat keseluruhannya.
Majoriti yang diperoleh pembangkang ini satu kejutan dan ia mesej jelas kepada seluruh pimpinan PH. Kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan PRK ini.
Kita juga harus berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh PH dengan usaha positif melaksanakan janji-janji.
Keputusan rasmi
Keputusan rasmi undian bagi PRK Tanjung Piai menyaksikan calon BN, Wee Jeck Seng mendahului 25,466 manakala calon PH, Haji Karmaine Sardini hanya memperolehi 10,380 diikuti dengan calon bebas yang lain.
Sumber: Syed Saddiq, Anwar Ibrahim
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment