Pages

Hiburan: 9 Tahun Berkahwin, Irwanshah & Isteri Terkilan Sering Diajukan Soalan Mengenai Zuriat

Hiburan: February 6, 2020 at 06:56AM

Zuriat merupakan anugerah terindah yang diberikan oleh Allah S.W.T buat setiap pasangan suami isteri sebagai penyeri alam rumah tangga. Perasaan terguris pasti akan dirasai secara tidak langsung oleh pasangan suami isteri yang belum menimang cahaya mata seandainya orang di sekeliling asyik bertanya mengenai hal tersebut.

Perkara tersebut terpaksa dihadapi penyanyi dan pelakon, Irwansyah bersama isterinya Zaskia Sungkar apabila rakan artis dan netizen mula bertanya mengenai soal zuriat selepas sembilan tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Menjadi insan yang sabar

Menerusi temubual bersama selebriti Raffi Ahmad, Irwanshah dan isteirnya mengakui bahawa mereka sangat terguris jika diajukan soalan mengenai zuriat. Tambahnya, jika soalan itu muncul daripada keluarga, kenalan rapat mahupun para peminat.

Di samping itu, dia turut menyatakan bahawa soalan tersebut lebih baik ditanya kepada Allah seandainya mereka benar-benar ingin tahu kerana jawapannya sudah pasti ditentukan oleh Yang Maha Esa. Walau bagaimanapun, Irwan berkata dia masih mampu bersabar untuk menjawab pertanyaan tersebut sekaligus dapat melatih dirinya menjadi insan yang lebih sabar.

Sering dibandingkan dengan adik

Menurut Zaskia pula, Allah pasti mempunyai perancangan yang lebih baik buat mereka berdua sebagai suami isteri. Zaskia juga turut memberithau bahawa dia pernah dibandingkan dengan adik perempuannya iaitu Shireen Sungkar yang kini sudah memiliki tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Teuku Wisnu. Terdahulu, Zaskia juga pernah mengakui bahawa mereka pernah mengelak untuk hadir ke majlis keluarga kerana tidak mahu berhadapan dengan soalan mengenai zuriat.

Irwanshah dan Zaskia memberitahu bahawa mereka masih berusaha dan memerlukan doa daripada semua pihak. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2010.

Sumber: Raffi Ahmad



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular