Hiburan: February 5, 2020 at 02:11AM
Seperti yang kita sedia maklum, golongan mak nyah ataupun transgender dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Golongan ini sering menerima kecaman daripada orang ramai dan sering dipandang rendah kerana perwatakan serta penampilan mereka yang seperti perempuan. Namun, sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak boleh menghukum orang lain dan tidak mempunyai hak untuk menilai seseorang daripada luarannya sahaja.
Begitulah kisah yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Akhi Fairuz Al-Jengkawi dengan menceritakan pengalamannya apabila bersahabat dengan seorang transgender. Apa yang diceritakan Fairuz sepanjang perkenalan dengan transgender ini amat mengejutkan!
'Aku pakai jubah lelaki'
Pakai pakaian wanita
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik, Fairuz menceritakan semula perbualannya bersama individu tersebut dengan menanyakan soal pemakaiannya ketika mendirikan solat jumaat. Menurut individu ini, dia akan berpakaian jubah lelaki siap dengan songkok sekali.
Menceritakan kisah itu, individu ini turut mendedahkan bahawa dirinya mula menunjukkan perubahan ketika dia masih di sekolah rendah lagi. Pada ketika itu, dia lebih cenderung meminati permainan kanak-kanak perempuan disamping memakai pakaian perempuan.
Makan pil hormon
Tambah individu ini lagi, dia mula mengambil pil hormon ketika dia masih di sekolah menengah. Disebabakan pengambilan hormon, kulit wajahnya mula berubah dan dia kemudian ditumbuhi payudara. Namun, dia begitu kesal dengan sikap segelintir individu yang sering mengkritik dan mengecam golongan ini.
Terdapat ruangan khas solat
Sehinggalah pada suatu hari apabila Fairuz diberi peluang untuk memasuki rumah individu ini dan dia amat terkejut sehingga hampir mengalirkan airmata apabila melihat terdapat satu ruangan solat di dalam rumah berkenaan. Keadaan itu sekaligus telah mengubah persepsinya terhadap golongan ini.
Sayang kerana Allah
Setiap orang lain ujiannya
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment