Pages

Hiburan: Ali Puteh Teruk Dikecam Netizen, Ini Komen Padu Sharnaaz Ahmad

Hiburan: February 21, 2020 at 07:18PM

Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey iaitu Ali Puteh yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan soal harta telah menimbulkan kemarahan netizen. Malah, ramai yang bimbang nasib wanita itu dan anak kecilnya tidak terbela apabila Hidayah ada mendedahkan dia menghadapi kekangan berkaitan harta peninggalan arwah suaminya, termasuklah isu kereta diuruskan pihak keluarga Abam dan dia dibiarkan sehelai sepinggang.

sharnaaz ahmad ali puteh

Melihat apa yang berlaku, pelakon Sharnaaz Ahmad  terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu hangat melibatkan Ali, kakak iparnya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Jangan menilai, takut jadi fitnah

View this post on Instagram

Jangan menilai takut jatuh fitnah sahabat

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sharnaaz berharap netizen tidak terus membuat kesimpulan jika tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kontroversi yang berlaku, seeloknya berdiam diri sahaja agar tidak menyebarkan fitnah yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Pelakon itu akui tindakan Ali memuat naik status penghinaan terhadap balu arwah Abam itu salah, tetapi Sharnaaz percaya Ali telah pun menyesal.

ali puteh kakak ipar

Tambah Sharnaaz, apa yang berlaku pasti ada sebabnya tetapi orang ramai yang tidak tahu apa-apa tidak sepatutnya membuat andaian sendiri tanpa sebarang bukti.

Kami harap kemelut antara Ali dan Hidayah dapat diselesaikan secara baik dan biarlah pihak yang lebih arif seperti peguam atau jabatan agama Islam membantu menyelesaikan apa sahaja isu yang mereka hadapi.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular