Hiburan: February 7, 2020 at 03:59AM
Semalam viral di media sosial video seorang wanita bertindak luar kawalan apabila keretanya bakal ditarik selepas disyaki diparkir di kawasan yang tidak dibenarkan. Video itu mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terhibur kerana aksi itu dianggap lakonan.
Terbaru, seorang lelaki tampil kongsi kisah sedih disebalik wanita 'mengamuk' itu. Menurutnya dia mengalami depresi teruk selepas kehilangan anak dan ditinggalkan suaminya sendiri.
Anak meninggal, suami kahwin baru
Menurut individu ini, wanita berkenaan pernah menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Menyedihkan apabila suaminya berkahwin dengan wanita lain selepas kehilangan anak keduanya ketika melahirkannya. Tak cukup dengan itu, suaminya mengambil anak pertama mereka dan membiarkannya bersendirian dalam kemurungan.
Individu ini terkilan apabila ramai yang tertawa saat melihat video ini. Dalam pada itu, dia tidak menyokong perbuatan wanita ini melanggar undang-undang, namun dia berharap orang ramai faham kehidupan wanita ini yang mengalami depresi teruk.
Kadang-kadang dia lupa ambil ubat
Di ruangan komen, seorang lagi lelaki yang menggunakan nama Firdaus Omar turut mengatakan perkara yang sama dimana wanita ini mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak keduanya yang meninggal dunia selepas dilahirkan.
Firdaus turut mendakwa bahawa wanita itu diceraikan suaminya selepas lelaki berkenaan bertindak untuk berkahwin lain dan membawa anak tinggal bersama.
Netizen simpati
Sumber : Francis Ngu Hown Hua
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment