Hiburan: February 6, 2020 at 05:04AM
Dalam membesarkan anak-anak, terlalu banyak pengorbanan yang terpaksa ditempuhi ibu bapa. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, masa, tenaga, kasih sayang dan perhatian juga perlu diberi keutamaan. Namun, ada kalanya ibu bapa terlepas pandang kerana terpaksa menumpukan lebih perhatian kepada si abang yang autisme. Baca perkongsian sedih ini.
'Abang tak sayang Andhieka'
Maaf sekiranya tulisan ini menggangu ruangan ini. Hanya sekadar perkongsian rasa seorang ibu. Mummy ingin berkongsi rasa dari sudut lain.. Dalam erti kata lain tidak berkongsi kisah anak syurga kita yang tergolong dalam kategori Autisme. Tapi Mummy ingin berkongsi kisah insan yang berada @ berkongsi hidup dengan anak syurga kita semua. Dia Hairrol Arfan Andhieka.. Adik kepada seorang Adhd, disleksi, speech delay & slow learner.
Alhamdulillah.. Allah kurniakan kesempurnaan kepada Andhieka berbanding abangnya. Tapi Andhieka diuji dengan cukup hebat diusianya yang terlalu muda. Setiap hari terpaksa menghadapi kerenah si abang yang tidak terduga. Dilempang, dihenyak, disepak, ditarik rambut, dicakar.. Andhieka hanya mampu menangis, menangis & menangis. Acap kali juga Andhieka menangis sambil berkata "Abang tak sayang Andhieka" Allah.. Hati seorang ibu tak kuat untuk tengok Andhieka terima semua ni. Tapi setiap kali itu juga Mummy akan cuba tenangkan Andhieka dengan kata memuji "Andhieka kan hebat, Andhieka kuat, so xyah nangis sayang". Tapi sampai bila?'
'Abang selalu buat Andhieka'
Hati anak kecil yang masih belum memahami sedikit sebanyak memendam rasa yang teramat sukar untuk ditafsirkan. Penah suatu hari Mummy diterjah soalan yang langsung Mummy tak duga terpacul dari bibir comel itu. "Mummy.. Andhieka bukan anak Mummy ke?? Allah.. Kenapa sayang?? Abang selalu buat Andhieka. Muka Andhieka tak sama macam abang Aryan, Mummy, Abi & Arjuna ( Arjuna adik kepada Andhieka anak bongu kami berusia 9 bulan ) Ye..Memang Allah kurniakan Andhieka rupa yang berbeza dari kami semua. Rupa paras yang agak comel. Warna kulitnya yg juga berbeza dari semua.
Allahu.. Rupanya selama ni dalam hati dia ada rasa semua itu. Terkedu dengan soalan yang tidak mampu untuk Mummy menjawab. Andhieka juga menggalas tugas secara keseluruhan. Andhieka bertanggungjawab kepada abang dan adiknya. Andhieka akan pastikan tempat kencing abang dalam toilet dijirus air, pastikan abang memakai baju seluar dengan betul, pastikan homework abang dibuat dan juga segala kebajikan abang ditadika juga digalasnya. Tidak habis disitu tatkala Mummy & Abi sibuk dengan urusan kedai Andhieka menggalas tugas menjaga adik. Bila tiba masa tutup kedai Andhieka tolong kemas kedai walaupun kami tidak pernah menyuruhnya untuk melakukan semua tu.
Kami semua sayang Andhieka
Pernah Andhieka marah-marah sebab urusan kemas kedai selesai tanpa bantuannya sebab time tu Andhieka tertidur. Bila bangun tengok kedai dah tutup dia terus bebel-bebel marah.. Allah.. comelnya kamu Andhieka. Bebalik pada soal hati Andhieka. Hati berusia 4 tahun 6 bulan.. Ternyata Allah kurniakan dia sekeping hati yang cukup tulus. Hati seorang adik kepada seorang autisme. Hati yang mana Mummy sendiri tidak mampu untuk menjaga dengan sebaik mungkin. Adakala kami khilaf dalam menjaga hatinya hanya kerana ingin menjaga hati abangnya. Andhieka.. Kamu adalah anak terhebat Mummy & Abi.. Kamu adik yang terbaik kepada abangmu & kamu abang yang tergagah buat adikmu. Kami semua sayang Andhieka. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup Andhieka hingga akhir hayatmu sayang. Aamin..
Semua ni gambar Andhieka dari baby hingga sekarang. Ye.. Andhieka pernah rambut panjang sebelum ni
Ikhlas dari
Mummy Aryan Anaqie, Arfan Andhieka & Arjuna Adhwa
Sumber : Halina Yusuf via Autisme Malaysia
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment