Hiburan: February 7, 2020 at 02:56AM
Kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi yang baru mendirikan rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang sangat meruntun jiwa. Saat bahagia yang dikecapi hanya sementara dan tidak kekal lama. Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Ilahi.
Seperti yang dilalui pengantin baru ini, suami meninggal dunia 25 hari selepas berkahwin. Siapa sangka, permintaan suami untuk ride single buat kali terakhir memisahkan mereka berdua selamanya.
25 hari sangat bermakna
ALLAH PINJAMKAN SEKEJAP
Sayang, harini 6/2/2020, genap 2 bulan kita nikah. Even awak dah takde kat dunia ni, tapi awak tetap dalam ingatan.
Bila teringat balik, how we struggle nak kahwin, kita usaha sama-sama, cari duit sana sini, awak sentiasa ada up & down orang, layankan emosi orang. Dari orang takde pape, tak kerja, dari start bisnes, awak selalu support.
Baik kan Allah? Dia izinkan kita kahwin, even Dia tahu umur awak tak panjang, even Dia tahu awak akan tinggalkan orang buat selamanya. Tapi Dia nak kita merasa hidup bersama even sekejap.
25 hari tu bermakna sebab tempoh yang singkat tapi kita ada kenangan yg kita simpan sama-sama. Awak dah jadi suami terbaik, semua awak prepare siap-siap sebelum kahwin. Awak nak kita hidup selesa, sanggup korban masa & tenaga untuk keperluan lepas kahwin, awak selalu fikir org keliling awak berbanding diri awak sendiri.
Permintaan terakhir, last ride single
"Last ride single", tu je permintaan awak terakhir. Orang tak mampu nak cakap "tak" bila awak beria sangat nak pergi sorang naik motor dengan kawan-kawan. Orang harap awak tenang kat sana, permintaan awak terakhir, orang yang izinkan awak pergi. Umpama orang izin awak pergi buat selamanya dari hidup orang.
Takpe, even kita tak sempat nak hias rumah sama-sama, nanti orang dah boleh keluar, orang cari barang-barang. In shaa Allah raya nanti org tukar langsir rumah, orang jaga rumah baik-baik macam awak suruh sebelum awak pergi, orang jaga kereta awak baik-baik macam mana awak jaga.
Harap awak bahagia di sana
Kita pun tak sempat nak puasa & raya bersama kan? Takpe, ada hikmah, ada hikmah, ada hikmah. Orang tak mampu nak fikir yang negative sebab nanti lagi sedih. Orang tahu ade sesuatu yang Allah simpan untuk orang nanti.
Semoga ada keadilan buat awak, kalau bukan didunia, in shaa Allah diakhirat kelak.
Tunggu orang kat sana yaa, nanti kita jumpa di Syurga. Semoga Allah jodohkan kita didunia & diakhirat. Orang dah cuba kuat untuk hidup tanpa awak, orang harap awak bahagia disana.
Al-fatihah.
Sumber : Afiqah Awang
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment