Pages

Hiburan: ‘Ayah Dia Meraung Allahuakbar’ – Bayi Maut Tertinggal Dalam Kereta, Rakan Sekerja Kongsi Detik Cemas

Hiburan: February 18, 2020 at 05:09AM

Semalam, viral kisah seorang bayi 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta di Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan, tengah hari semalam gara-gara bapa terlupa untuk hantar ke pengasuh.

Kejadian itu menyebabkan ramai yang bersimpati dengan kehilangan itu dan tak kurang juga mengkritik bapa mangsa. Di facebook, seorang lelaki yang merupakan seorang rakan sekerja bapa itu kongsi cerita sebaliknya.

Terlupa hantar bayi ke rumah pengasuh

Pada jam 8.25 pagi bapa mangsa hantar pula anak kedua ke sekolah yang sama seterusnya menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota sebelum ke tempat kerjanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya yang terletak di Komtur.

Bayi itu sepatutnya dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 tetapi bapanya itu terlupa dan mangsa dianggarkan ditinggalkan sendirian di dalam kereta tersebut dari jam 9 pagi.

Berdasarkan siasatan awal, pada jam 7.20 pagi bapa mangsa keluar menghantar anak sulung berusia 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering, Paya Besar sebelum balik semula ke rumah untuk mengambil isteri berusiaa 39 tahun, anak kedua berumur 6 tahun dan juga mangsa.

Sampai ke tingkat 3 dengar suara ayah dia

Aku tengok ramai sangat yang duk mengutuk ayah budak yang meninggal dalam kereta tu. Sebagai salah seorang staff yang bertugas di bangunan yang sama, aku nak bagitau. Rutin setiap hari budak ni dihantar oleh ibu dia ke pengasuh / taska. Hari ni ceritanya mak dia kena outstation dan tugas tu diambil oleh ayah. Budak ni pulak katanya demam dan tidur dekat belakang seat.

Ayah dia sampai ke opis seperti biasa langsung terlupa pada anak. Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tngahari (kalau ikut masa jam aku) Masa dia nak keluar lunch hour. Korang tau, suara ayah dia meraung sebut AllahuAkbar tu sampai kami yang kat tingkat 3 dengar jelas. Korang boleh bayang tak macamana perasaan ayah dia masa tu. Terus diorang hantar ke klinik kesihatan bersebelahan dan seperti kita maklum, anak dia tak dapat diselamatkan.

Lupa ni bukan buat main-main

Dari masa ayah dia sampai ke opis sampai lah ke masa dia sedar anaknya dalam kereta tu, berapa ramai staf lalu lalang (termasuk aku) dan takde sorang pun Allah gerakkan untuk tengok dalam kereta tu. Korang boleh kata macam macam pada ayah arwah ni sebab tak kena kat korang atau famili. Ingat…lupa ni bukan dibuat-buat. Ada masanya dalam kau bercakap pun kau lupa apa kau sebut 5 minit lepas.

Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak dan ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri? So hati-hati mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau. Baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar. Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa dan famili arwah.

Sumber : Aku ArejaxSinar Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular