Hiburan: February 5, 2020 at 07:03AM
Sifat marah jika tidak dikawal dengan baik mampu memberi kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang sekeliling. Malah ianya juga menjadi punca berlakunya masalah yang lebih besar. Mereka yang tidak dapat mengawal marah berpotensi melakukan apa sahaja yang kadangkala menimbulkan penyesalan sepanjang hayat.
Seperti kisah ini, seorang lelaki didakwa sanggup membunuh anak kandung sendiri kerana tidak dapat menahan kemarahan selepas isterinya menuntut cerai.
Isteri tuntut cerai
Menerusi laporan Sosok, seorang lelaki berasal dari Jambi, Indonesia ditahan oleh pihak polis selepas didakwa membunuh anak kandungnya sendiri. Menceritakan kisah itu, suspek yang baru pulang dari mendulang emas telah meminta isterinya untuk membuatkan secawan teh. Tetapi si isteri enggan menuruti perintah si suami, Musadi. Si isteri sebaliknya telah meluahkan hasratnya untuk menuntut cerai daripada Musadi.
Terkejut dengan permintaan isteri, Musadi kemudian bertindak keluar dari rumah untuk ke pasar dan membawa anak perempuan, Rina Kasturi bersamanya tetapi tindakannya itu mendapat tentangan hebat daripada si isteri. Tetapi dia langsung tidak mengendahkan larangan si isteri dan nekad membawa anak perempuannya itu ke sebuah kebun yang berada di belakang rumah mereka.
Cekik dan bunuh anak kandung
Setibanya di kebun tersebut, Musadi telah meminta anaknya itu untuk mencari mangga. Tetapi lain pula yang jadinya apabila Musadi secara tiba-tiba telah menyerang Rita Kasturi dengan mencekik lehernya sehingga mati.
Sebaik sahaja selepas membunuh Rita Kasturi, suspek yang menyesal dengan perbuatannya itu kemudian bertindak menggendong jasad anaknya itu selama berjam-jam sebelum meninggalkannya di satu kawasan yang tidak jauh dari rumah mereka. Jasad Rita Kasturi kemudian ditemui oleh salah seorang penduduk kampung, Mustofa dalam keadaan yang lemah dan tidak bermaya.
Menurut Mustofa, pada awalnya dia hanya menyangka kanak-kanak itu tertidur sebelum memaklumkan kepada ibu mangsa dan apabila menghampiri mereka mendapati kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa. Menurut sumber, suspek kini telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan berhubung dengan kes ini.
Sumber: Sosok
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment