Pages

Hiburan: BERSATU, Azmin Ali & 10 Ahli Parlimen PKR Umum Keluar Pakatan Harapan

Hiburan: February 24, 2020 at 06:47AM

Kecoh apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaru menerusi akaun Facebook rasmi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin telah memuatnaik satu kenyataan media yang memaklumkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah keluar dari Pakatan Harapan.

BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan

Menerusi posting tersebut, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin memberitahu keputusan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan secara rasminya telah diputuskan oleh Majis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 yang lalu.

Dalam pada itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut memaklumkan bahawa semua Ahli Undangan Rakyat dari Parti BERSATU telah menandatangani Akuan Bersumpah dan akan terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

KEADILAN keluar Pakatan Harapan

Sementara itu, Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan media turut memaklumkan ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat secara rasminya telah membuat keputusan untuk keluar daripada KEADILAN disamping mereka akan terus menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Sumber: Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular