Pages

Hiburan: Bicara Kes Rasuah, Pemandu Hantar Dua Beg Sekolah Penuh Duit RM100 Ke Rumah Rosmah

Hiburan: February 6, 2020 at 08:50AM

Perbicaraan rasuah terhadap isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, atas dakwaan penyelewengan dana bagi pembekalan dan pemasangan tenaga solar di Sarawak bersambung pada pagi Khamis.

Beg sekolah harga RM45

Menurut Malaysiakini, saksi Shamsul Rizal Sharbini yang juga pemandu berkata kepada Mahkamah Kuala Lumpur dia pernah menghantar 'dua buah beg sekolah' penuh dengan wang tunai ke kediaman Rosmah. Beg berkenaan dibeli atas arahan majikannya, Saidi Abang Samsudin dengan harga RM45.

Kemudian saya ke bank dengan beg tersebut seperti diarahkan Saidi. Saya diarahkan untuk meletakkan beberapa ikat wang berjumlah RM100 ke dalam beg itu. Kejadian berlaku di bilik kebal (cawangan) Maybank.

Saya tidak mengira wang tersebut dan terus meletakkannya ke dalam dua beg berkenaan. Saya bawa beg itu dan letakkan dalam bonet kereta.

Didakwa minta dan terima rasuah

Shamsul mengenali sofa hijau di mana dia pernah meninggalkan kedua-dua beg berkenaan, ketika ditunjukkan foto kediaman Rosmah. Turut kelihatan adalah imej Saidi dalam foto tersebut.

Saya bawa dua beg itu dengan wang (di dalamnya). Namun kamu cuma boleh nampak seorang dalam foto ini.

Menurut saksi berkenaan, insiden itu berlaku sebelum syarikat Saidi, Jepak Holdings Sdn Bhd memperoleh kontrak untuk membekalkan tenaga solar untuk sekolah-sekolah di luar bandar di Sarawak bernilai RM1.2 billion. Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima rasuah sebanyak RM1.5 juta berhubung projek itu.

Sumber: Malaysiakini



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular