Pages

Hiburan: Dapat Baby Baru, PU Abu Bagi Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri

Hiburan: February 8, 2020 at 01:21AM

Sebelum ini, pendakwah bebas, Mohd Abu Sufyan atau lebih dikenali dengan nama PU Abu menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara tindakannya yang menceraikan isteri, Ain Afni ketika sarat hamil.

Terbaru, di laman Instagram PU Abu telah memuatnaik satu ucapan 'sweet' yang ditujukan khas buat isteri, Hana Azraa kerana telah melahirkan zuriat pertama mereka.

Muhammad Uwais Al-Mateen

Instagram Photo

Syukur pada Allah!Pada tanggal 1 Februari 2020 jam 6.59 pagi lahirlah putera aku yang kedua dengan berat 3.12 kg.Moga menjadi anak yang soleh,kehidupan mu memberikan manfaat kepada orang yang lain dan paling penting diri mu mampu memberikan sumbangan kepada Islam. Terima kasih @hanaazraa kerana kuat untuk melahirkan anak kita. Moga Allah membalas segala keperitan yang dirasai dengan syurga firdaus.Terima kasih mummy. Muhammad Uwais Al-Mateen bin Muhammad Abu Sufyan

Menerusi perkongsian tersebut, PU Abu meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas kelahiran bayi pertamanya bersama Hana Azraa pada 1 Februari yang lalu. Difahamkan, PU Abu sebelum ini mempunyai seorang lagi anak lelaki, Muhammad Adam Aysar hasil daripda perkahwinannya yang terdahulu bersama bekas isteri, Ain Afni.

Buat pertama kalinya, PU Abu telah mendedahkan wajah puteranya yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen.

Alhamdulillah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut mendoakan agar pasangan ni sentiasa bahagia bersama insan tersayang.

Sumber: PU Abu



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular