Pages

Hiburan: [FOTO] Adele Kongsi Tips Turun Berat 45kg Dengan Amalkan Diet Sirtfood

Hiburan: February 13, 2020 at 10:21AM

Ramai terkejut penampilan terbaru penyanyi lagu Someone Like You iaitu Adele yang terlampau kurus sampai nampak tulang selangka. Adele dilaporkan telah berjaya turun berat badan sebanyak 45 kilogram dengan mengamalkan diet sirtfood. Selain itu, Adele juga telah mendapatkan khidmat seorang jurulatih kecergasan untuk melatihnya selama 3 kali seminggu.

Turun sebanyak 45kg

Instagram Photo

Penyanyi berusia 31 tahun itu telah mengamalkan Sirtfood Diet. Bagi anda yang tidak tahu, rutin diet ini berasal dari UK dan dicipta oleh ahli pemakanan Aidan Goggins dan Glen Matten. Diet ini termasuk dengan pengambilan makanan berkhasiat yang rendah kalori, banyak protein, buah-buahan dan jus.

Amalkan Sirtfood Diet

Fokus utama Sirtfood Diet ini adalah untuk memberi tumpuan kepada metabolisme dan lain-lain bahagian yang memberi kesan kepada berat badan manusia. Apa yang menariknya, anda juga boleh mengambil coklat atau kopi.

Bagaimanapun, diet ini disifatkan sebagai diet jangka pendek bagi yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat.

Foto terbaru Adele

Instagram Photo

Cengkungnya muka

Instagram Photo

Henti merokok

Instagram Photo

Sejak mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan menghadiri kelas kecergasan di gym, Adele juga sudah berhenti merokok dan mengambil minuman keras.

Sumber: Adele, SELF



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular