Pages

Hiburan: [FOTO] Bagai Merpati Dua Sejoli, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Selamat Diijabkabul

Hiburan: February 20, 2020 at 01:53PM

Setelah bertahun menyulam cinta, akhirnya pelakon jelita, Zahirah Macwilson sah menjadi isteri kepada Aiman Hakim Ridza dengan sekali lafaz. Majlis yang berlangsung di Foyer Glam Hall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat handai. Zahirah telah menerima wang tunai RM300 sebagai mas kahwin bersama tujuh berbalas lima dulang hantaran.

Kami dari OHBULAN! ingin berkongsi foto dan video kemeriahan majlis pernikahan pasangan tersebut buat tatapan korang semua.

Perarakan masuk pengantin

Instagram Photo

Instagram Photo

Sekali lafaz

Instagram Photo

Menerusi laporan Media Hiburan, Zahirah meluahkan rasa bersyukur kerana majlis yang dirancang selama lebih kurang enam bulan itu berjalan dengan lancar. Manakala, Aiman memberitahu bahawa dia sangat gembira kerana mereka berdua telah selamat disatukan hari ini.

Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu-tunggu. Sejujurnya, saya agak gemuruh sejak beberapa minggu menjelang majlis ini, dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan saya rasa sangat gembira dan sangat bersyukur.

Alhamdulillah, saya kini bergelar suami dan kini bermulalah tanggungjawab saya untuk isteri dan keluarga isteri saya. Saya berharap kalian doakan yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga ianya kekal sehingga Jannah.

Sumber: Media Hiburan, Astro Gempak & Zahirah Aiman. FC 



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular