Pages

Hiburan: ‘Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau’ – Gurauan Terakhir Abam Bocey

Hiburan: February 11, 2020 at 03:08AM

Berita pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey telah menggemparkan industri seni tanah air semalam. Kesedihan itu turut dirasai oleh ahli keluarga, rakan artis dan para peminat. Mereka juga tidak putus-putus meluahkan rasa sedih dengan kehilangan permata seni yang sangat berbakat ini. Allahyarham turut dikenali dengan sifat mesra dan rendah diri membuatkan dirinya itu disenangi ramai.

Terbaru, sahabat baik kepada Allahyarham iaitu Achey Bocey telah memuatnaik satu perkongsian yang memaparkan 'gurauan' sedih yang pernah ditulis Allahyarham pada suatu ketika dahulu.

'Telah aku tunaikan bam'

Instagram Photo

Sebelum ini Achey telah memuatnaik satu perkongsian di laman Instagram miliknya dengan memberi ucapan sempena hari jadi sahabat baiknya itu. Allahyarham kemudian meluahkan rasa terharu dan bersyukur kerana dikurniakan rakan seperti Achey dan Fad. Dia juga turut berharap agar persahabatan yang terjalin antara mereka kekal hingga hujung nyawa. Dalam pada itu, dia juga meninggalkan satu komen 'gurauan' yang meminta supaya kedua-dua sahabat baiknya itu menguruskan jenazahnya jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

Hahaha thank you sahabat, love you so much. Semoga kita kekal sampai mati. Fad dan Achey kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.

Menerusi perkongsian tersebut, Achey memberitahu walaupun komen yang pernah ditinggalkan sahabatnya itu adalah gurauan semata-mata tetapi kini gurauan itu telah menjadi realiti. Tambah Achey lagi, dia telah menunaikan 'permintaan' Allahyarham untuk mengebumikannya jika dia telah pergi kelak.

Sedihnya…

Sumber: Achey Bocey



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular