Pages

Hiburan: Kanak-Kanak ‘Disorok’ Belakang Pintu, Dipukul Ibu Tiri Guna Helmet, Kayu & Penyangkut Baju

Hiburan: February 10, 2020 at 04:48AM

Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan yang sangat menyayat hati apabila tubuh badannya dipenuhi dengan luka dan lebam. Mangsa dipercayai telah didera ibu tirinya sejak setahun yang lalu.

Ibu kandung berada dalam penjara

 

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 11 tahun itu diselamatkan oleh Persatuan Malaysian Tamilar Kural bersama pihak polis selepas mereka menerima laporan daripada penduduk setempat berhubung kejadian tersebut. Difahamkan mangsa tinggal bersama enam lagi adik-beradik tirinya di rumah berkenaan memandangkan ibu kandungnya kini berada di dalam penjara. Tidak cukup dengan itu, mangsa juga tidak dihantar ke sekolah oleh ibu bapanya sejak dia kecil lagi.

Menceritakan kisah itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata penduduk setempat dikatakan mengesyaki kanak-kanak tersebut telah didera dan dimarahinya ibu bapanya. Lebih mencurigakan apabila mereka sering mendengar suara tangisan kanak-kanak di dalam rumah tersebut sejak seminggu lalu sebelum mereka bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa.

Mangsa disorok belakang pintu

David bersama anggota polis kemudian telah pergi ke rumah terbabit untuk membuat pemeriksaan. Tetapi malangnya sebaik sahaja mereka sampai, ibu bapa mangsa menghalang mereka daripada memasuki rumah tersebut dan meminta pihak berkuasa supaya tidak mencampuri urusan keluarga mereka. Tetapi pasangan ini akhirnya akur dengan arahan polis dan membenarkan mereka melakukan pemeriksaan.

Tambahnya lagi, ketika memasuki rumah tersebut mereka mendapati mangsa telah disembunyi oleh ibu bapanya dibelakang pintu rumah berkenaan. Wajah kanak-kanak tersebut dilihat berada dalam keadaan ketakutan dan trauma.

Kanak-kanak malang itu ditemui bersembunyi di belakang pintu dan dalam keadaan ketakutan serta trauma selain terdapat kesan kecederaan serius di muka sehingga kedua-dua belah matanya tidak boleh dibuka.

Didera guna helmet, kayu dan penyangkut baju

Namun ketika ditanya mengenai luka dan lebam pada wajahnya, kanak-kanak tersebut hanya menjawab mukanya telah disengat serangga. Curiga dengan jawapan mangsa, mereka kemudian telah membawa keluar kanak-kanak tersebut keluar dari rumah berkenaan. Mangsa memberitahu bahawa dia telah dipukul ibu tirinya disebabkan kesalahan kecil termasuklah menjadi mangsa amarah sekiranya adik-beradik yang lain membuat bising atau menangis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata kedua-dua ibu tiri dan bapa kandung mangsa telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. Difahamkan, ibu tiri mangsa yang berumur 38 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana mencuri manakala suaminya berusia 36 tahun turut mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah.

Hasil siasatan mendapati mangsa tinggal bersama ibu tiri dan ayah sejak tahun lalu. Dia disyaki didera sejak setahun lalu oleh ibu tiri menggunakan objek tumpul seperti helmet, kayu dan penyangkut baju.

Pasangan ini kemudian akan dibawa ke Mahkamah Bukit Mertajam untuk mendapatkan perintah reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular